Monday, 19 December 2011

Ombak Rindu 2011(WITH FULL MOVIE DOWNLOAD LINK).flv



best jugak kalau time cuti-2 sekolah cm ni layan cerita-2 cinta cm ni kan??..
haha penat aku carik full movie.. tapi ta de pulak.,.?!
emm kalau nak tengok full kene la tengok kat wayang kan tak pon terpksa lhaa  langgan kat astro first..,
kalau rasa nak tengok banyak kali beli lah dvd ...tapi beli yang original jeh ok^^ ta mow cetak-2 rompak ni..
orang cakap citer ni sedih lagi best!!
smpai gangster tengok boleh menangis..
eh yekew?? hah nak tau tengok lah sendiri.,

Sinopsis Filem Ombak Rindu 


Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.


Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.


Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida

No comments:

Post a Comment